Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
Tuesday, September 30, 2014
Monday, September 29, 2014
PRINTING BAJU MURAH - HARGA KASIH SAYANG :)
PRINTING BAJU MURAH !!!
Hye, sape2 nk order printing tsirt untuk kelas, event, syarikat, kelab, family day, persatuan, jabatan dll boleh PM sy k..! Harga berpatutan hanya dari 'Farah Faber'.. Hihihi *special price untuk rakan2 wechat/facebook*#silkscreen printing WASSAP : 0173410704
Hye, sape2 nk order printing tsirt untuk kelas, event, syarikat, kelab, family day, persatuan, jabatan dll boleh PM sy k..! Harga berpatutan hanya dari 'Farah Faber'.. Hihihi *special price untuk rakan2 wechat/facebook*#silkscreen printing WASSAP : 0173410704
Thursday, September 12, 2013
Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. Andai lelaki tahu. .Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda. Andainya mereka tahu…
Friday, August 3, 2012
Saat aku merenung langit cerah..melihat kehidupan sekeliling masih berjalan seperti biasa..tersenyum sendirian, Allah itu memang BAIK...
dan ketika ini..
?~ ada jasad bernyawa DILAHIRKAN di dunia..
?~ ada insan sama JATUH CINTA pandang pertama.
dan ketika ini..
?~ ada jasad bernyawa DILAHIRKAN di dunia..
?~ ada insan sama JATUH CINTA pandang pertama.
?~ ada manusia sedang NYENYAK dibuai mimpi..
?~ ada orang menerima PENDAPATAN lumayan hasil lelah meraka..
?~ ada pasangan BERKAHWIN membina istana bahagia..
?~ ada budak baru BELAJAR MEMBACA..
?~ ada anak baru belajar MENYEBUT pertama kalinya..
?~ ada yang MERENUNG JAUH ke angkasa merenung impian..
?~ ada yang MENIKMATI hari terbaik hari ini..
bermakna..indah..
tapi ketika ini..
?~ ada yang DIKHABARKAN hidupnya hanya seminggu lagi..
?~ ada yang MEMBUNUH dirinya sendiri..
?~ ada yang MERAYU rezekinya di hujung jalan..
?~ ada yang KEHILANGAN kesayangan mereka selamanya..
?~ ada yang DIJATUHI HUKUMAN ke penjara seumur hidupnya..
pahit..perit..
imbas..
AKU DI SINI..
punya arus elektrik membekal cahaya dan haba..
punya makanan tersedia untuk dijamah..
punya air bersih untuk bersiram..
punya masa untuk menulis ini..
p/s : Harusnya..aku BERSYUKUR, terima kasih Allah atas segala NIKMAT kurniaanMu ini..tidak mampu ku luahkan betapa aku bersyukur padaMu, segala puji hanya bagiMu..??
?~ ada orang menerima PENDAPATAN lumayan hasil lelah meraka..
?~ ada pasangan BERKAHWIN membina istana bahagia..
?~ ada budak baru BELAJAR MEMBACA..
?~ ada anak baru belajar MENYEBUT pertama kalinya..
?~ ada yang MERENUNG JAUH ke angkasa merenung impian..
?~ ada yang MENIKMATI hari terbaik hari ini..
bermakna..indah..
tapi ketika ini..
?~ ada yang DIKHABARKAN hidupnya hanya seminggu lagi..
?~ ada yang MEMBUNUH dirinya sendiri..
?~ ada yang MERAYU rezekinya di hujung jalan..
?~ ada yang KEHILANGAN kesayangan mereka selamanya..
?~ ada yang DIJATUHI HUKUMAN ke penjara seumur hidupnya..
pahit..perit..
imbas..
AKU DI SINI..
punya arus elektrik membekal cahaya dan haba..
punya makanan tersedia untuk dijamah..
punya air bersih untuk bersiram..
punya masa untuk menulis ini..
p/s : Harusnya..aku BERSYUKUR, terima kasih Allah atas segala NIKMAT kurniaanMu ini..tidak mampu ku luahkan betapa aku bersyukur padaMu, segala puji hanya bagiMu..??
Wednesday, June 13, 2012
Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri
Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu
Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini
Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri
Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi
Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku
Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi
Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi
Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri
Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu
Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini
Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri
Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi
Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku
Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi
Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi
Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu
Subscribe to:
Posts (Atom)