Sunday, February 26, 2012

....Bicara s0al cinta...bicara hati & perasaan...

Cinta yg hakiki ialah cinta oleh akal & hati…Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut & dapat dirasa kerana yg bersatu adalah hati, bukannya fizikal & ia disatukan oleh kasih-sayang dari ALLAH... & bukan oleh nafsu serta kepentingan diri....

Ibarat sebuat kereta diciptakan dgn kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakannya perlu diatur & dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu perlukan peraturan & kawalan.

Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitu juga halnya dgn jiwa yg memerlukan cinta. ALLAH menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan & mententeramkan jiwa manusia...Sungguh.... Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaanya tercapai.Cintailah sesiapapun, asalkan cinta itu dapat memberi jalan yg sebaik-baiknya untuk terus menyintai ALLAH...Cinta itu harus dibina diatas dasar cinta kepada ALLAH.

Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada ALLAH melebihi kehendak kecintaan kita kepada yg lain. Cinta harus tumbuh atas dasar tapak yg murni yg selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan & keperibadian yg baik. Dor0ngan & rangsangan yg menyuburkan cinta ini x memerlukan kata2 luahan yg indah, namun perasaan di hati sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta...

Kebiasaannya cinta yg suci akan membawa ke gerbang perkahwinan, untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan ALLAH, ia akan bersambung di akhirat. Suami yg soleh...isteri yg s0lehah akan bercinta lagi di akhirat. Jikalau cinta sese0rang itu benar2hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyuk selalu dalam solatnya & semakin bertambah pula amal ibadatnya……

Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang...Jika cinta satu pasti bertemu...Ia x ternilai, kerana antara hati kita..

...Tiada antaranya lagi...Yg ada hanya cinta kasih Illahi...

Kita berpisah hanya sementara...Kerana pertemuan bukan milik kita...Jasad & suara berjauhan sentiasa...

Namun cinta abadi....Biar berpisah selalu menderita...Kerana syurga menagih ujian...

Sedang neraka dipagari oleh nikmat....Bertemu x jemu...berpisah x gelisah....

Bicara kita adalah bicara sufi....Tanpa suara & kata-kata...itulah bicara hati...

Kerana penghubung kita adalah suara hati....Bertemu.... berpisah kerana ALLAH…

"Kerana ALLAH, aku mencintai mu......"