Tuesday, September 30, 2014

Monday, September 29, 2014

PRINTING BAJU MURAH - HARGA KASIH SAYANG :)

PRINTING BAJU MURAH !!!

Hye, sape2 nk order printing tsirt untuk kelas, event, syarikat, kelab, family day, persatuan, jabatan dll boleh PM sy k..! Harga berpatutan hanya dari 'Farah Faber'.. Hihihi *special price untuk rakan2 wechat/facebook*‪#‎silkscreen‬ printing WASSAP : 0173410704

Thursday, September 12, 2013

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. Andai lelaki tahu. .Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda. Andainya mereka tahu…

Friday, August 3, 2012

Saat aku merenung langit cerah..melihat kehidupan sekeliling masih berjalan seperti biasa..tersenyum sendirian, Allah itu memang BAIK...

dan ketika ini..
?~ ada jasad bernyawa DILAHIRKAN di dunia..
?~ ada insan sama JATUH CINTA pandang pertama.
?~ ada manusia sedang NYENYAK dibuai mimpi..
?~ ada orang menerima PENDAPATAN lumayan hasil lelah meraka..
?~ ada pasangan BERKAHWIN membina istana bahagia..
?~ ada budak baru BELAJAR MEMBACA..
?~ ada anak baru belajar MENYEBUT pertama kalinya..
?~ ada yang MERENUNG JAUH ke angkasa merenung impian..
?~ ada yang MENIKMATI hari terbaik hari ini..
bermakna..indah..

tapi ketika ini..
?~ ada yang DIKHABARKAN hidupnya hanya seminggu lagi..
?~ ada yang MEMBUNUH dirinya sendiri..
?~ ada yang MERAYU rezekinya di hujung jalan..
?~ ada yang KEHILANGAN kesayangan mereka selamanya..
?~ ada yang DIJATUHI HUKUMAN ke penjara seumur hidupnya..
pahit..perit..

imbas..
AKU DI SINI..
punya arus elektrik membekal cahaya dan haba..
punya makanan tersedia untuk dijamah..
punya air bersih untuk bersiram..
punya masa untuk menulis ini..

p/s : Harusnya..aku BERSYUKUR, terima kasih Allah atas segala NIKMAT kurniaanMu ini..tidak mampu ku luahkan betapa aku bersyukur padaMu, segala puji hanya bagiMu..??
Cinta itu di ukir bukan dengan pena, tapi dengan doa. Bukan di selembar kertas tapi di selembar sajadah



Aku mencintaimu bukan karena siapa dirimu, tapi karena siapa diriku ketika bersamamu.

Wednesday, June 13, 2012

Sebelum mata terlena 
Di buaian malam gelita 
Tafakurku di pembaringan 
Mengenangkan nasib diri 

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa 
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti 
Membawa dosa yang menggunung tinggi 
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu 

Agar terlerai kesangsian hati ini 
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini 

Sebelum mata terlena 
Dengarlah rintihan hati ini 
Tuhan beratnya dosa ku 
Tak daya ku pikul sendiri 

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu 
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu 
Andainya esok bukan milik ku lagi 
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi 

Sebnelum berangkat ke daerah sana 
Lepaskan beban ini 
Yang mencengkam jiwa dan raga ku 

Selimut diri ku 
Dengan sutra kasih sayang Mu 
Agar lena nanti ku mimpikan 
Syurga yang indah abadi 

Pabila ku terjaga 
Dapat lagi ku rasai 
Betapa harumnya 
Wangian syurga firdausi oh Ilahi 

Disepertiga malam 
Sujud ku menghambakan diri 
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

Sebuah PERTEMUAN


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman