Friday, August 3, 2012

Saat aku merenung langit cerah..melihat kehidupan sekeliling masih berjalan seperti biasa..tersenyum sendirian, Allah itu memang BAIK...

dan ketika ini..
?~ ada jasad bernyawa DILAHIRKAN di dunia..
?~ ada insan sama JATUH CINTA pandang pertama.
?~ ada manusia sedang NYENYAK dibuai mimpi..
?~ ada orang menerima PENDAPATAN lumayan hasil lelah meraka..
?~ ada pasangan BERKAHWIN membina istana bahagia..
?~ ada budak baru BELAJAR MEMBACA..
?~ ada anak baru belajar MENYEBUT pertama kalinya..
?~ ada yang MERENUNG JAUH ke angkasa merenung impian..
?~ ada yang MENIKMATI hari terbaik hari ini..
bermakna..indah..

tapi ketika ini..
?~ ada yang DIKHABARKAN hidupnya hanya seminggu lagi..
?~ ada yang MEMBUNUH dirinya sendiri..
?~ ada yang MERAYU rezekinya di hujung jalan..
?~ ada yang KEHILANGAN kesayangan mereka selamanya..
?~ ada yang DIJATUHI HUKUMAN ke penjara seumur hidupnya..
pahit..perit..

imbas..
AKU DI SINI..
punya arus elektrik membekal cahaya dan haba..
punya makanan tersedia untuk dijamah..
punya air bersih untuk bersiram..
punya masa untuk menulis ini..

p/s : Harusnya..aku BERSYUKUR, terima kasih Allah atas segala NIKMAT kurniaanMu ini..tidak mampu ku luahkan betapa aku bersyukur padaMu, segala puji hanya bagiMu..??
Cinta itu di ukir bukan dengan pena, tapi dengan doa. Bukan di selembar kertas tapi di selembar sajadah



Aku mencintaimu bukan karena siapa dirimu, tapi karena siapa diriku ketika bersamamu.

Wednesday, June 13, 2012

Sebelum mata terlena 
Di buaian malam gelita 
Tafakurku di pembaringan 
Mengenangkan nasib diri 

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa 
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti 
Membawa dosa yang menggunung tinggi 
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu 

Agar terlerai kesangsian hati ini 
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini 

Sebelum mata terlena 
Dengarlah rintihan hati ini 
Tuhan beratnya dosa ku 
Tak daya ku pikul sendiri 

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu 
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu 
Andainya esok bukan milik ku lagi 
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi 

Sebnelum berangkat ke daerah sana 
Lepaskan beban ini 
Yang mencengkam jiwa dan raga ku 

Selimut diri ku 
Dengan sutra kasih sayang Mu 
Agar lena nanti ku mimpikan 
Syurga yang indah abadi 

Pabila ku terjaga 
Dapat lagi ku rasai 
Betapa harumnya 
Wangian syurga firdausi oh Ilahi 

Disepertiga malam 
Sujud ku menghambakan diri 
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

Sebuah PERTEMUAN


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman



Friday, March 23, 2012

m.i.n.e

yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
yg kucari slama ini dalam hidupku
dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
yg panjang dalam hidupku

(i hope u know.. >.< )
"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku." ♥;')
♥ Ya ALLAH..walaupun aku tidak CANTIK dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan Mu dan BAKAL suamiku ♥
‎"Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH,kerana jika mereka boleh tinggalkan ALLAH, mereka juga boleh tinggalkan kita".
[Imam Syafie]
"Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya" (Umar bin Khattab).

Friday, March 2, 2012

Pesanan Buat Sahabat-sahabatku. :-)

Pesanan Buat Sahabat-sahabatku. :-)

Jika satu hari Sahabatku sudah bertaubat, tetapi Sahabatku dicela, difitnah, aibmu diceritakan di mana mana, dan memburuk-burukkan mu, sabar dan tenanglah.

P/s: Kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Memahami, Endahkan mereka kerana mulut manusia tidak boleh ditutup, Biarkan mereka mengambil alih dosamu dan kau ambillah pahala mereka seperti yang dijanjikan oleh Allah...
.........................................................................................................................
Pesanan Buat Sahabat-sahabatku. :-)

Jika satu hari Sahabatku kau rasa kau tidak punya teman untuk mendengarkan masalahmu,
ingatlah bahawa Allah itu Maha Mendengar, ceritakanlah segala apa yang kau mahu, Allah pasti mendengar rintihan hatimu dan membantumu dalam apa jua bentuk bantuan..

P/s: Jika satu hari Sahabatku kau rasa bosan dengan hidup, bacalah Al Quran, hayatilah maksud disebaliknya, sesungguhnya umat sebelummu, lebih dasyat hidup mereka dari kehidupanmu...
.........................................................................................................................

Kini,lebih banyak golongan MUDA yang meninggal dunia lebih awal berbanding golongan TUA,

Perbanyakkanlah amalan semaksima mungkin dan kurangkan kemaksiatan seminima mungkin supaya kita bersedia untuk menghadapi kematian yang tidak diduga...

Renung-renungkan.....

^_^

~~~ Bila menyintai,
Terkadang tidak menghargai,
Rasa kesal tak terperi,
Hanya setelah ia pergi,
Saat itu barulah tercari-cari,
Namun apalah gunanya lagi,
Mungkin perginya tak akan kembali...
Aku hanya insan kerdil dan lemah,
Walau lemah namun bermaruah,
Adakalanya aku tidak kau endah,
Membiarkan aku lemas di dasar lembah,
Pujuk rayuku kau sanggah,
Adakah aku perlu menagih dan
menyembah,
Meraih cintamu sekelumit zarah...
Aku sudah letih dan lesu,
Ku relakan kau pergi jauh dariku,
Kerna aku bukan lagi insan yang kau perlu,
Semoga kau mendapat cinta yang kau
mahu,
Dan aku tetap aku,
Yang tetap menjunjung cinta kita yang satu,
Terima kasih cintaku ~~~

Sunday, February 26, 2012

....Bicara s0al cinta...bicara hati & perasaan...

Cinta yg hakiki ialah cinta oleh akal & hati…Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut & dapat dirasa kerana yg bersatu adalah hati, bukannya fizikal & ia disatukan oleh kasih-sayang dari ALLAH... & bukan oleh nafsu serta kepentingan diri....

Ibarat sebuat kereta diciptakan dgn kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakannya perlu diatur & dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu perlukan peraturan & kawalan.

Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitu juga halnya dgn jiwa yg memerlukan cinta. ALLAH menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan & mententeramkan jiwa manusia...Sungguh.... Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaanya tercapai.Cintailah sesiapapun, asalkan cinta itu dapat memberi jalan yg sebaik-baiknya untuk terus menyintai ALLAH...Cinta itu harus dibina diatas dasar cinta kepada ALLAH.

Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada ALLAH melebihi kehendak kecintaan kita kepada yg lain. Cinta harus tumbuh atas dasar tapak yg murni yg selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan & keperibadian yg baik. Dor0ngan & rangsangan yg menyuburkan cinta ini x memerlukan kata2 luahan yg indah, namun perasaan di hati sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta...

Kebiasaannya cinta yg suci akan membawa ke gerbang perkahwinan, untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan ALLAH, ia akan bersambung di akhirat. Suami yg soleh...isteri yg s0lehah akan bercinta lagi di akhirat. Jikalau cinta sese0rang itu benar2hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyuk selalu dalam solatnya & semakin bertambah pula amal ibadatnya……

Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang...Jika cinta satu pasti bertemu...Ia x ternilai, kerana antara hati kita..

...Tiada antaranya lagi...Yg ada hanya cinta kasih Illahi...

Kita berpisah hanya sementara...Kerana pertemuan bukan milik kita...Jasad & suara berjauhan sentiasa...

Namun cinta abadi....Biar berpisah selalu menderita...Kerana syurga menagih ujian...

Sedang neraka dipagari oleh nikmat....Bertemu x jemu...berpisah x gelisah....

Bicara kita adalah bicara sufi....Tanpa suara & kata-kata...itulah bicara hati...

Kerana penghubung kita adalah suara hati....Bertemu.... berpisah kerana ALLAH…

"Kerana ALLAH, aku mencintai mu......"